Sun-Hi Means Happiness

Visitors

NEW YEAR, NEW BEGINNING

 6 JAN 2022

Assalamualaikum. Tahun yang baru tapi, aku dah menjalani permulaan baru dan rutin baru sejak October 2021 lagi sebenarnya. Ya, aku akhirnya sudah bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Ramai yang terkejut, lagi-lagi staf yang dah lama bekerjasama dengan aku, tapi tidak menidakkan, semuanya faham dan akur akan situasi aku yang akhirnya terpaksa dilakukan demi anak-anak tersayang. Doa untuk senang mungkin belum sampai masanya, berhenti kerja bukanlah kerana aku sudah senang, In shaa Allah one fine day, adalah rezeki anak-anakku itu. Disebabkan kini, anak bongsu fully breastfeed, nak pula jenis taknak orang lain selain aku dan family aku. Tambah pula dengan insecurity nak bagi orang lain jaga dengan bermacam kes ni.

Aku menetap di Seremban sekarang, bersama ibu abah. One of thing yang aku tak sangka juga sebab memula memang ingat takkan duduk dengan parent sendiri dah tapi dengan keadaan sekarang, apa yang menjimatkan itulah yang terbaik, sampai nak sekolahkan anak sulung di Tadika KEMAS untuk kemasukan 5 tahun dekat kampung ni. Padahal masa masih duduk Kelana Jaya, abah siap suh carik keje kat seremban, duduk skali, sebab nak dekat dengan cucu sulungnya lah. Masa tu baby kedua takde lagi. Haa nampaknya termakbul la doa abah. hehe.

Cuma aku terpaksa lah berjauhan dengan suami tercinta, Nilai-Seremban je tapi nak ulang alik ongkos juga. Suami pun baru berhenti kerja untuk menyambung legasi keluarganya dalam perniagaan makanan. so paling lama 2minggu la tak berjumpa, rajin bervideo call je. Aku pula menyambung semula bisnes dropship yang aku pernah mulakan masa berpantang anak kedua, masa tu nak raya, jadi amik peluang untuk jadikan side income..Kalini kena struggle sikit untuk aktif bagi orang biasa. Struggle juga nak btol2 fokus untuk planning apa yang aku nak buat. Siang hari kalau dok melayan bisnes ni, terabai juga anak2, termakan lewat, termandi lewat. Aku masih cuba lagi untuk membiasakan diri dengan permulaan baruku ini.

Akhir kata, semoga Allah mengurniakan reseki yang melimpah ruah seperti sungai yang mengalir, kepadaku, serta suamiku, dan ahli keluarga ku yang banyak membantu ku. AAMIIN.

Gloomy Years

1 SEPT 2021

Assalamualaikum. Dua tahun dah berlalu, dua tahun yang menyesakkan buat rakyat Malaysia termasuklah aku. Moga inilah tahun terakhir kita untuk pakai mask, dan bergerak lebih bebas. Nikmat Allah yang aku syukuri sekali, sepanjang dua tahun Covid ni, Allah pelihara seluruh ahli keluargaku. Alhamdulillah doaku termakbul. Walaupun begitu, these past two years jugak tahun depression aku, lepas dapat second baby. Dua tahun berlalu siap buat anak lagi k. Anak sulung dah nak mencecah 4 tahun Oct ni. Bulan Jun 2020 dapat tahu second pregnancy dengan GBS positive, cukup 39 week sehari sebelum due pada 30 Januari 2021, lahirlah seorang puteri diberi nama Annur Iffat. Tak sangka dah sepasang. Lahir pkp ni memang tak syok bila suami takboleh teman, tapi Allah tetap bagi mudah sakit seharian juga mcm abang dia dulu. Serah diri pagi, lewat petang ke maghrib tu dah selesai. Cuma kena tahan wad 2 malam untuk make sure baby free GBS.


Balik kepada depression, atau burn out la kot. Aku lagi sekali dah difasa dimana aku perlu cari rutin yang baru, dalam pekerjaan. Bertambah teruk lagi, 2 bulan berturut kena Upl 4x sebulan untuk July dan Ogos. Masatu makin kerap la aku sakit kepala. Tambah pula dengan kena pindah keluar dari rumah sekarang. Aku mungkin belum bersedia tentang tu, paling banyak aku fikirkan sampai takbole fokus kerja is cari pengasuh baru untuk baby. Selama ni ada ibu tolong jagakan, jadi trust issue and insecurity tu dah menyelubungi lah kan.


Masih banyak lagi yang sedang dipikirkan, dan keputusan yang perlu dibuat. Selain tu hanya mampu berdoa minta petunjuk, pelihara apa yang ada, andai ada rezeki di tempat lain, tunjukkan, andai rezeki masih ditempat sama, permudahkan jadi lebih baik. Dan moga dipertemukan dengan orang2 yang baik untuk mengasuh baby. Aamiin.

Long Time No See Blog

10 AUGUST 2019

Assalamualaikum. Kembali lagi diri ini mencoret sesuatu pada blog yang telah sekian lama di tinggalkan hampir 4 tahun weyhh. Walhal baru lepas melayan Netflix tetiba hati terdetik nak menjenguk blog, masih ingat pulak tu blog link. Last post tahun 2015, terhenti setelah dapat pekerjaan pertama. And yes selain lupa pada blog, disitulah bermulanya life aku yang makin busy and hectic tetapi masih lagi seorang Nasuha yang sama dan semoga sentiasa menjadi lebih baik..

Nak cerita 4 tahun punya cerita kalo dipendekkan, sambungan daripada lepas beberapa bulan habis degree dan dapat panggilan first job tu, tahun pertama sibuk dengan opening outlet and kaw2 kumpul duit kawen, kerna ku juga dipinang orang lepas habis belajar tu. Hujung tahun 2016 dah kahwin. Haha!. Tahun kedua - 2017 tetap sibuk dengan kerja, ya memang agak lifeless pun dan dengan izin Allah, awal tahun dapat tahu pregnant dah dua bulan. terkejut mak, buat keje berat tak ingat dunia. So 40 weeks and 6 days of waiting, lahirlah seorang putera di dunia ini yang diberi nama Ahmad Irsyad.
Tahun inilah yang membuatkan aku jadi lebih hectic. 3 bulan jugak aku cuti bersalin, time ni la take a break kaw2 dari kerja cuma kat rumah bukan rehat mana la dah ada baby ni kan. hehe.

Tahun ketiga - 2018, Outlet aku kerja dah mula slow down sikit n dan stabil so aku mula bosan and nak cari benda baru. Aku pun minta di transfer ke outlet baru company aku, di KLCC, time ni aku mula busy semula sebab jadi opening team lagi, so as pioneer, lebih bertanggungjawab lah untuk menunjuk ajar pada orang baru tempat baru ni. Alhamdulillah, rezeki anak, merasa lah aku memegang position dan gaji yang diingini setelah hampir 4 tahun setia pada company ni.

Tahun 2019 inilah tahun yang lebih masa, senang cuti, tak selifeless dulu. Ahmad Irsyad pun akan masuk 2 tahun bulan October ni. Ya Allah, cepatnya anak membesar dalam kesibukan kita. Akhir tahun ni aku mula membelenggu diri aku, rasa macam dah penat kerja, memang aku seorang yang commited dengan kerja, kadang terasa diri workaholic juga kalo dah terbawa2 ke rumah, tapi bila dah ada anak sentiasa akan rasa serba salah. Masa untuk diri sendiri memang jarang2 lah nak ada kan, kalau dari zaman single tak penah berhenti bekerja. Semoga murah la rezeki ku cepat2 boleh bersara dari makan gaji ni  Semoga Allah memberiku lebih masa untuknya pula. Aamiin.

Muhasabah Diri

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu: Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini.”
 Imam Ghazali

Rezekii

27 OCT 2015

Assalamualaikum. Harini Cik Suha dapat panggilan kerja. Rupanya daripada tempat yang pergi interview 2-3 minggu lepas. Alhamdulillah, target nak dapat kerja full-time sebelum masuk tahun baru tercapai. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Lega berjalan lancar seperti dirancang dan masih tak lari aim aku ni. Bukan apa, pernah la aku bagi ayat putus asa kat bespren "kalau aku tak dapat kerja tetap sampai bulan 12 ni, aku sambung master jelah". Haha sebenarnya mulut je kata gitu, tapi hati malas nak mengadap buku and research sana sini lagi. huhu. Tapi memang lega sesangat lah, tak terkata, sujud syukur. Haa dah 'tick' dah kat bucket list kita tuu "Get a job that fits me". Yes really fit me, pasal apa? pasal kitchen department. Rindu nak pakai safety boots, apron, chef jacket. Haaa~ In shaa Allah, mudah-mudahan dipermudah segalanya. Aamiin.

Finally..

12 JULY 2015

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah I'm officially graduated in Bachelor of Science (hons) Culinary Arts Management. Checked! Macam tak percaya jugak, aku mampu sampai ke level ni. Semuanya berkat pertolongan Allah S.W.T yang bagi kekuatan supaya tak give up bersama doa ibu dan abah. Hopefully sakit kepala pun tak kerap berlaku dah sebab stress belajar. hahahah. Teringat la housemate tegur semalam tengok muka aku pucat je malam study last paper tu. "Suha, demam ke?" Aku jawab "taklah pening berdenyut"..Selamba dia dengan jawapan yang amat memahami "Haha suhaa mana tak pernah pening, memang tak sah kalau tak pening". Yup itu memang perkara biasa. huhu. Lepas ni bila pulak nak bertemu dengan classmates, housemate ni lagi melainkan di kenduri kahwin memasing agaknya. haha!

Okay so kita dah usaha, sekarang kita tawakkal dengan final exam result yang belum diketahui tarikhnya. Perbanyakkan doa lembutkan hati pemeriksa yang kot-kot sakit mata tengok tulisan aku yang kecik sangat tu. hehe.


P/S: Saya, Nurafiqah Nasuha Bt Zaharudin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari salah tutur kata, perbuatan yang mengguris hati dan meng-annoyingkan tanpa sedar mahu pun sedar. tapi kalau sedar memang niat menyakat semata-mata. hehehe. Selamat menghabiskan ibadah puasa dengan nikmatnya mengumpul pahala dan in advanced Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Muhasabah Diri

Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.
Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.
Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.
Tapi sebenarnya kita silap.
Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.
Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.
p/s: Aku sentiasa berdoa dan mengharapkan ketenangan yang berpanjangan dan dipermudahkan aku untuk memaafkan semua orang. Semoga Lillahita'ala.

TEST: Beef Cannelloni with Cheese sauce

Assalamualaikum. Ini boleh jadi my favorite picture for this semester. Every week yang tangkap gambar dalam beberapa je yang fake, but most of them is edible to eat. Entah la bukan jiwa laaa dengan groupmate nak buat tipu-tipu ni. So for the individual test, me myself got the idea to make this beef cannelloni, teringat first tau kewujudan dish ni masa praktikal semester 6 diploma. So I wanted to make something different than other members such Aglio Olio la, Carbonara la, Lasagna, bosan dah. So aku masak betul2, and lepas photoshoot kejap terus bagi semua orang rasa. Nak puji diri sendiri, sume kata sedap sebab tengah lapar. haha!