6 NOV 2024
Assalamualaikum. Dua tahun berlalu sejak last post, dua tahun juga aku menetap di Nilai sejak dari anak sulung tamat persekolahan di Tadika KEMAS. Sepanjang dua tahun ini, aku membantu suami meneruskan perniagaan makanan legasi keluarganya since mertuaku sudah uzur. Keadaan agak mencabar at first, bila duduk di rumah mertua ni, biasalah kan. No need to mention. Aku merasa la sekejap duduk di Kota Warisan, rumah yang kami beli, dapat duduk beberapa bulan sahaja, tapi nampaknya tiada rezeki lagi bersama rumah itu.
Another shocking new is, pada Julai 2024, aku disahkan hamil baby ketiga. Jujur aku menangis kesedihan bila first dapat berita tu sebab menjangkakan sepasang anak yang ada sekarang ni je, tak terniat nak tambah, tapi Allah sebaik perancang, aku mengambil masa untuk redha dan terima semua ini. Pada mulanya aku mempersoalkan kenapa Allah hadirkan rezeki anak diwaktu kami memang kesempitan. Aku cuma merisaukan hal ehwal anak, plan aku cuma ingin fokus membesarkan mereka, mendidik mereka, bukanlah nak senang, tapi cukup keperluan. Bagi aku di dunia yang makin mencabar ni, aku lebih risau nak persiapkan anak, lagi-lagi bab agama.
1st Trimester aku, banyak menangis, aku banyak berehat dari tolong niaga, mental sangat teruk, sampai aku minta suami untuk izinkan aku balik kampung seminggu untuk tenangkan fikiran. Alhamdulillah suami memahami, walaupun aku kesian jugak dengan keadaan suami nak uruskan sekolah anak sulung nanti sambil nak mnguruskan barang niaga, tapi aku perlu gunakan sehabis baik untuk healing dalam tempoh tu.
Sehingga kini perasaan gelisah masih pasang surutnya, takut nak menghadapi kelahiran yang aku pikir takkan hadapinya lagi, proses penyembuhan, itu yang buat aku menangis jugak sebenarnya. Huhu. Due kelahiran menjelang seminggu Ramadhan 2025, berapa banyak aku perlu ganti tak terkira lah nanti. Aku sentiasa berdoa supaya Allah memudahkan semuanya, dan semoga aku nampak hikmah disebalik semua ini. Hanya ketenangan yang aku pinta..