Visitors

Finally..

12 JULY 2015

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah I'm officially graduated in Bachelor of Science (hons) Culinary Arts Management. Checked! Macam tak percaya jugak, aku mampu sampai ke level ni. Semuanya berkat pertolongan Allah S.W.T yang bagi kekuatan supaya tak give up bersama doa ibu dan abah. Hopefully sakit kepala pun tak kerap berlaku dah sebab stress belajar. hahahah. Teringat la housemate tegur semalam tengok muka aku pucat je malam study last paper tu. "Suha, demam ke?" Aku jawab "taklah pening berdenyut"..Selamba dia dengan jawapan yang amat memahami "Haha suhaa mana tak pernah pening, memang tak sah kalau tak pening". Yup itu memang perkara biasa. huhu. Lepas ni bila pulak nak bertemu dengan classmates, housemate ni lagi melainkan di kenduri kahwin memasing agaknya. haha!

Okay so kita dah usaha, sekarang kita tawakkal dengan final exam result yang belum diketahui tarikhnya. Perbanyakkan doa lembutkan hati pemeriksa yang kot-kot sakit mata tengok tulisan aku yang kecik sangat tu. hehe.


P/S: Saya, Nurafiqah Nasuha Bt Zaharudin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari salah tutur kata, perbuatan yang mengguris hati dan meng-annoyingkan tanpa sedar mahu pun sedar. tapi kalau sedar memang niat menyakat semata-mata. hehehe. Selamat menghabiskan ibadah puasa dengan nikmatnya mengumpul pahala dan in advanced Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

No comments :