Visitors

NEW YEAR, NEW BEGINNING

 6 JAN 2022

Assalamualaikum. Tahun yang baru tapi, aku dah menjalani permulaan baru dan rutin baru sejak October 2021 lagi sebenarnya. Ya, aku akhirnya sudah bergelar suri rumah tangga sepenuh masa. Ramai yang terkejut, lagi-lagi staf yang dah lama bekerjasama dengan aku, tapi tidak menidakkan, semuanya faham dan akur akan situasi aku yang akhirnya terpaksa dilakukan demi anak-anak tersayang. Doa untuk senang mungkin belum sampai masanya, berhenti kerja bukanlah kerana aku sudah senang, In shaa Allah one fine day, adalah rezeki anak-anakku itu. Disebabkan kini, anak bongsu fully breastfeed, nak pula jenis taknak orang lain selain aku dan family aku. Tambah pula dengan insecurity nak bagi orang lain jaga dengan bermacam kes ni.

Aku menetap di Seremban sekarang, bersama ibu abah. One of thing yang aku tak sangka juga sebab memula memang ingat takkan duduk dengan parent sendiri dah tapi dengan keadaan sekarang, apa yang menjimatkan itulah yang terbaik, sampai nak sekolahkan anak sulung di Tadika KEMAS untuk kemasukan 5 tahun dekat kampung ni. Padahal masa masih duduk Kelana Jaya, abah siap suh carik keje kat seremban, duduk skali, sebab nak dekat dengan cucu sulungnya lah. Masa tu baby kedua takde lagi. Haa nampaknya termakbul la doa abah. hehe.

Cuma aku terpaksa lah berjauhan dengan suami tercinta, Nilai-Seremban je tapi nak ulang alik ongkos juga. Suami pun baru berhenti kerja untuk menyambung legasi keluarganya dalam perniagaan makanan. so paling lama 2minggu la tak berjumpa, rajin bervideo call je. Aku pula menyambung semula bisnes dropship yang aku pernah mulakan masa berpantang anak kedua, masa tu nak raya, jadi amik peluang untuk jadikan side income..Kalini kena struggle sikit untuk aktif bagi orang biasa. Struggle juga nak btol2 fokus untuk planning apa yang aku nak buat. Siang hari kalau dok melayan bisnes ni, terabai juga anak2, termakan lewat, termandi lewat. Aku masih cuba lagi untuk membiasakan diri dengan permulaan baruku ini.

Akhir kata, semoga Allah mengurniakan reseki yang melimpah ruah seperti sungai yang mengalir, kepadaku, serta suamiku, dan ahli keluarga ku yang banyak membantu ku. AAMIIN.

No comments :