Visitors

Gloomy Years

1 SEPT 2021

Assalamualaikum. Dua tahun dah berlalu, dua tahun yang menyesakkan buat rakyat Malaysia termasuklah aku. Moga inilah tahun terakhir kita untuk pakai mask, dan bergerak lebih bebas. Nikmat Allah yang aku syukuri sekali, sepanjang dua tahun Covid ni, Allah pelihara seluruh ahli keluargaku. Alhamdulillah doaku termakbul. Walaupun begitu, these past two years jugak tahun depression aku, lepas dapat second baby. Dua tahun berlalu siap buat anak lagi k. Anak sulung dah nak mencecah 4 tahun Oct ni. Bulan Jun 2020 dapat tahu second pregnancy dengan GBS positive, cukup 39 week sehari sebelum due pada 30 Januari 2021, lahirlah seorang puteri diberi nama Annur Iffat. Tak sangka dah sepasang. Lahir pkp ni memang tak syok bila suami takboleh teman, tapi Allah tetap bagi mudah sakit seharian juga mcm abang dia dulu. Serah diri pagi, lewat petang ke maghrib tu dah selesai. Cuma kena tahan wad 2 malam untuk make sure baby free GBS.


Balik kepada depression, atau burn out la kot. Aku lagi sekali dah difasa dimana aku perlu cari rutin yang baru, dalam pekerjaan. Bertambah teruk lagi, 2 bulan berturut kena Upl 4x sebulan untuk July dan Ogos. Masatu makin kerap la aku sakit kepala. Tambah pula dengan kena pindah keluar dari rumah sekarang. Aku mungkin belum bersedia tentang tu, paling banyak aku fikirkan sampai takbole fokus kerja is cari pengasuh baru untuk baby. Selama ni ada ibu tolong jagakan, jadi trust issue and insecurity tu dah menyelubungi lah kan.


Masih banyak lagi yang sedang dipikirkan, dan keputusan yang perlu dibuat. Selain tu hanya mampu berdoa minta petunjuk, pelihara apa yang ada, andai ada rezeki di tempat lain, tunjukkan, andai rezeki masih ditempat sama, permudahkan jadi lebih baik. Dan moga dipertemukan dengan orang2 yang baik untuk mengasuh baby. Aamiin.

No comments :